 |
"Don't go for looks; they can deceive. Don't go for wealth; even that fades
away. Go for someone who makes you smile because it takes only a smile to make a dark day seem bright".
When Harry Met Sally, "When you realise you really want to spend the rest of your life with somebody,
you want the rest of your life to start as soon as possible."
[[iTS All about Me]]
>>the totality of me-the good,the bad & the ugly
call by my nickname"abby". Hometown - Langkawi. D.O.B - July 9. Vodiac - cancer
I like.. spending time at home,listening to soothing music, watchin movies, holidays ^-^
I dislike.. people shout at me,a liar,being let down by those i love,traffic jammed, messy place, crowded place
I'm best at.. Making people feel good about themselves, listening to their problems and being a trustworthy, loyal mate<<
hehe ye ke??
..and this ppl always confuse the appearance of me ...?? Allergic to seafood & dust mist
My passion.. there's someone..:), my lovely Jacky>> will put a smile on u everytime u look at her, my handphone >> that's is my second boyfriend, novels from Sidney Shieldon, Danielle Steel, Nora Roberts and various authors,shoes,bags, Sushi King>>yummy yummy
[[Memorable Lyrics]]
When I Fall In Love -- Celine Dion
When I fall in love
It will be forever
Or I'll never fall in love
In a restless world
Like this is
Love is ended before it's begun
And too many
Moonlight kisses
Seem to cool in the warmth of the sun
When I give my heart
I give it completely
Or I'll never give my heart
And the moment I can feel that you feel that way too
Is when I fall in love with you
|
 |
 |
 |
 |
 |
 |
|
|
 |
 |
Mar 18, 2006
Setelah sekian lama ye.., baru nak sebok nak mengupdate blog yang da lama x diupdatekan. Bak kata Sue & Huda masing2 da bz membina kerjaya da de byk masa yg mengizinkan nak menyusun kata dan ayat2 kat blog. ape yang menarik sepanjang "menyepi" menarik atau tidak terpulang pada pendapat masing. Awal pagi da nak kena ada kat opis 0830hrs da tau saya bukanye punctual sangat, agak2 dalam 0830hrs signage kat pintu kena la OPEN. Da tu dgn kesat mata switch on sume PC tegok report operation semalam, hari ape kena update dan bla..bla. Kul 1830hrs kira awal la tu kalo bole balok time tu, opis hour saya tak menentu, da sampai umah agak2 da malam da. Kalo nak kena masak..makan kat umah kalo tak jawabnye makan kat luar la. Susah jugak bila da ada title ni..bertambah la tanggungjawab.
Da ada umah sendiri kena tau uruskan umah sendiri, kena independent da. Memamg bezanya bila da hidup berdua, dalam umah yang sama berhadapan dgn orang sama setiap hari. Sekarang sedikit sebanyak da faham...dan mengiyakan ape yang dibaca, dilihat dan diceritakan org disekeliling sebelum ni. Tapi tak semestinye ape dibaca,dilihat dan diceritakan benar dan tak kan berlaku dalam masa yang sama...mungkin pada hari,bulan dan tahun yang berikutnya. Sama ada suka atau tidak kita kena redha dengan sumenye dan semestinya semangat kena kuat hati yang cukup dan completely ready to face any challenges.Hidup berdua seperti saya mengalami zaman bersekolah..belajar setiap hari, silap dan betulkan dan elakkan kesilapan yang sama. Pastinya hidup berdua kena ada sokongan "org tertentu" walaupun itu tak wujud dalam hidup kami berdua. Masing-masing saling memberi kerjasama,dan of course kena ada bonding yang kuat berpanjangan. Ada halangan yang hebat, ujian yang betul-betul menguji kekuatan hati dan emosi...hati berbisik "It's seems like a normal day to me..." oooo cukup utk hari 'till then have a good day everyone.
Posted at 01:51 pm by jackyz
Permalink
Jan 9, 2006
Ooopss dah tahun baru rupanye dan baru hari nak mengupdate. tadi sue tepon ade je demand nye nak gambar tu la,gambar ni la :) btw, Happy New Year utk sume.saya??? saya sehat keja macam biasa buzy dan sy tak ada masa yang nak dikatakan free nak mengupdate blog sendiri dan nak belek & baca blog huda/sue specially. rindu ngan minah 2 org tu.
Selamat menenpuh tahun baru sume, semoga tahun ni akan memberi keazaman dan semangat yang baru dan terus memperbaiki kelemahan kita.
Posted at 05:13 pm by jackyz
Permalink
Sep 16, 2005
Hari-hari yang biasa je..keja. Sesekali ade hari yang gaduh dengan mamat tu.Ade jugak hari-hari yang geram sebab perangai operation staff...perangai yang macam-macam karenah. Ade hari yang a bit tense sebab bos..kejap nak yang tu, pasal ape yang ni tak update lagi, account part sebab ape report tak complete lagi. Ade hari yang mengantuk bila drive..rasa nak berhenti kejap park then take a nap..hehehe bole gitu. Ade hari tu kena layan mamat sy tu la...complaint sebab susah nak jumpa saya la ni. So mula bau rempah ratus cemburu. Ade jugak hari yang rasa penat dan muak nak makan nasi...asyik2 nasi tak de choice lain bila nak order untuk lunch. Kena buat rotation nasi,mee goreng atau mee hoon goreng or the last option tak makan langsung..makan biskut or beli tuna dan bread.Dua tiga hari ni menu saya nasi putih dan sayur sahaja. Ade jugak hari yang rasa malasnye nak celik kan mata,bangun dan mandi kena gi keja. Rasa nak tido lagi peluk "jacky masam". Ade hari yang rasanye malas nak drive..kalo bole start je enjin keta then keta tu atomatically bawa saya sampai umah. Ade hari yang rasa nak sekeh-sekeh kepala orang kat jalan tak kira la yang bawa motor,basikal,keta,lori sebab tak bagi signal, overtake tak tentu hala, pas tu suka hati je nak lalu depan kita dengan selamba.kang kalo kena belah kita yang disalahkan. Ade hari yang buat saya tersenyum dan tergelak bila tengok tuan kerbau tengah kejar kerbau-kerbau yang terlepas. Sehingga la asyik sangat tak perasan keta dah berderet ikut belakang. Scene kejar mengejar kerbau tu scene yang jarang-jarang saya ade peluang nak tengok. Dalam tahun ni sekali je..ye la hari tu. Saya suka scene tu.Ade hari yang buat saya rindu sangat nak jumpa kengkawan esp.Huda & Sue yang bila-bila masa bole jumpa. Bila tengok bintang, beli air kotak kat Petronas akan terlintas di fikiran (there's a time we've been doing this together). Rindu nak gi KL nak shopping or at least window shopping, tengok movie, makan shushi, mamat tu lak kata nak makan Kenny Rogers (mane la nak cari Kenny Rogers kat Lgk). Sume ni hari yang normal yang kekadang saya suka dan sebaliknya.
@@@@ sue:memang la nampak ugly bila nangis :) so cepat2 hilangkan perasaan sedih tu sesambil tengok bintang
@@@@ huda: take care ye.lagi g mana plak lepas ni?
Posted at 05:09 pm by jackyz
Permalink
Sep 7, 2005
Semalam staff party office..sempena MERDEKA. Mirul dan Man in charged BBQ..ade satay 200 cucuk ayam dan daging. Pak Ku bawa watermelon, oren bancuh & kek, Sis Anne lak goreng mee hoon, bawa ikan. PK, Sham, Jon dan saya tolong set up je. Pak Ku bawa wife skali 2 org anak. Selain dari tu kitaorang je la. Bos makan sakan ikan termenung kesukaannya. Acara makan, menyembang tu la acara rasmi. Saya keja on Merdeka..tak kesah la dapat la triple pay. Hari ni pon kena keja gak sume ni kena bayar tau..mane bole keja free macam tu. Cite pasal hari ni, suppose that kena tak keja so Sis Anne dah kata die yang nak keja hari ni. Itu katanye semalam lepas berkemas habis parti. Mane nak tau pagi ni call saya kate die tak dpt masuk keja sebab ade hal. Hampeh!!!! Time tu da kul 0800hrs nak mandi lagi dan bla bla mesti tak sempat nak masuk kul 0900hrs. Lantak la...dari umah dah 1/2 jam sampai kat opis. Lepas mandi cari uniform orange pulak (warna kesukaan sue) alamak tak gosok lagi. Kena iron la plak...no choice kena iron jugak. Ibu bising sebab jadi kelam kabut nak kena keja la plak. Da siap drive keta sampai kat opis, Man ade kat bawah..tengok saya kata "aikkk..!!'' sebab semalam Man da tau kate saya off hari ni. Well..well, tak nak banyak cakap saya buat keja saya. Lepas tu la saya sakit kepala nyut nyut (teringat la Huda). Da la hujan..tempted sangat nak tido. Tak kan nak tido dalam opis ni lak...kang bos kuar dari bilik tu tak pasal-pasal jadi kelam kabut lak.
Petang ni lak tup tap tup tap bunyi orang naik tangga. Tak sempat nak tanye mak cik ni tanye...
Makcik Storm: Are you Abby?
Abby: Yeah..i'm abby.
Makcik Storm: I need your help me.Please explain me the instructions on this medicine. (Sambil tunjuk botol ubat dari Hosp.Langkawi)
Abby: OK. After a shower just spread this medicine to your body except on your face and hair. Apply once a day.
Makcik Storm: I see. Just once a day?
Abby: Right. Once a day.
Makcik Storm: Thank you very much. The instructions in Malay. I don't understand.
Abby: It's ok.
Makcik Storm da balik. Tinggal la saya keseorangan..tengok hujan turun dengan lebat.
Ini lak cite Abby dan Polis.
Pagi tu kawan satu opis tumpang skali keta saya. Da tu on the way kat selekoh Pantai Kok tu member ni kata
Man: B, rasa semacam je. (Sambil pasang safety belt)
Abby: Tak de ape kut noo (Sambil fikir 2-3 kali nak pakai ke ndak safety belt. Kata hati nak guna sebab berasa sangat kata polis buat road block)
Man: Arrrr kacau2.Sambil garu kepala.
Abby: Man,cam ne ni nak pakai ke ndak ni?
Man: Tak yah. Depa da tau kata u tak pakai safety belt. Relax. Drive je.
Abby:(Lantak la, dalam hati tengah maki hamun polis ni..menyebok je!!)
Polis: Cik nak p mana ni?
Abby: P keja.
Polis: Orang sini ka?
Abby:Ya.
Polis: Pasal apa tak guna safety belt?
Abby: Lupa,encik.(Sambil tengok muka polis)
Polis: Hah! tungggu apa lagi? (Tengok muka saya dgn muka yang ala-ala serius)
Abby: (Selamba pakai safety belt sesambil tu curi2 tengok muka polis) Saya p dulu na,encik. Sambil angkat tangan dan terus je drive.
Polis:(Senyum dan tak kata ape pon)
Memandangkan polis tu tak de reaksi ape-ape sebab tu la saya decide terus p macam tu je.
*** Banyak kali saved entry ni ni baru la complete.
Posted at 11:46 am by jackyz
Permalink
Aug 26, 2005
Cewahhh serupa dan semacam je rancangan TV3 lak ekk..entry hari ni. Tetiba teringat sesuatu so cepat-cepat transfer ke dalam blog, kalo x lupa...or kalo tak pon malasss!. Sesi perbualan ni memang betul..cuma nama je dirahsiakan.
Lelaki-1: Kalo saya kahwin dengan awak. Sy nak jaga awak elok-elok.Seriously. (Sambil memandang wajah si gadis).
Lelaki-2: Kalo saya kahwin dengan awak, saya nak jaga awak sampai ke tua.(Sambil merenung gadis disebelah).
Si Gadis: (Tanpa jawapan. Cuma tersenyum.) Mungkin cuba menilai kata-kata yang diucapkan kedua-dua lelaki. Ikhlas ke tidak ape yang diucapkan. Mungkin kedua-duanya cuba menarik perhatian orang disekeliling dan yang pasti untuk menarik perhatian si gadis. Tapi cuba alihkan perhatian anda semua dengan skrip kedua-dua lelaki ini, kalo la anda di tempat si gadis "skrip" yang mane satu menjadi pilihan anda? Lupakan rupa paras dan bla bla semua tu.Tumpukan kepada dua skrip tu je. Ini bukan cerita rekaaan semata-mata...
Kedua-dua lelaki sekali imbas bersungguh dengan kata masing-masing. Tapi niat yang sama cuma, sedikit perbezaan pada ayat yang diucapkan. Saya beri sedikit gambaran tentang gadis ni. Gadis biasa, tak ade cacat celanya tak la lawa macam ratu yang dok ade tak la jugak. Tak la kurus, tak jugak gemuk. Tapi ape yang menjadi tarikan ntah la. Cuma kemana saje si gadis pergi pasti menjadi perhatian. Umpamanye macam ni la, kalo si gadis duduk di satu tempat public, mata orang yang lalu lalang pasti tertumpu pada si gadis. Si gadis tak de la jugak nak berpakaian ala-ala orang yang tak cukup kain. Kalo tak menoleh 2 kali tak sah la..... Ape agaknye yang menarik perhatian sangat tentang si gadis tak de siapa yang pasti. Pastinye setiap mata yang memandang ade pendapat yang tersendiri tentang personaliti si gadis. Hati budi si gadis cuma orang yang terdekat saja yang tahu. Suami oarng ade yang offer si gadis untuk mengisi kekosongan sebagai isteri mudanya. Boyfriend yang kononnya setia pada yang satu dah lupa diri. Bachelor's pulak kalo ade peluang nak mencurahkan isi hati pelbagai cara yang dipertaruhkan.
Pasti terfikir di benak fikiran masing-masing istimewa sangat ke gadis ni??? Si gadis punya rahsia yang tersendiri untuk tampilkan dirinya dalam situasi ape sekali pon. Mungkin tahu diri jadi perhatian, si gadis tidak la sombong, tapi senyuman yang diukir, sepatah dua kata untuk menegur orang disekeliling. Jangan bayangkan si gadis "gadis skema" or "ayu" seperti yang saya katakan "..she's got a sparks people arounds her..". SMS(s) yang diterima dari lelaki macam-macam version yang ade - version yang "mengayat" dengan penyampaian yang berbeza-beza. Si gadis nampak je jinak, tapi tidak la seperti yang di sangka lelaki-lelaki ni. Si gadis pastinya tak mampu untuk menghentikan setiap perhatian daripada lelaki ni, atau menghentikan jelingan cemburu dari gadis lain, dan daripada isteri - suami orang.
Pernah jugak terlintas difikiran mungkinkah sikap si gadis yang memang "friendly", open minded tak penah memilih untuk berkawan dengan sesiapa pon menjadi punca si gadis sentiasa menjadi perhatian...mungkin tak keterlaluan untuk dikatakan mendapat tempat di hati orang sekeliling. Sikap mudah mesra si gadis dan tak ambik kisah dengan usikan lelaki ( kecuali usikan yang melampau) membuat lelaki yang mungkin merasakan si gadis menaruh hati dalam diam. Si gadis pulak berpendapat semua tu perkara biasa...hubungan sebagai kawan biasa, teman sekerja, atau kenalan biasa tanpa sebarang komitmen yang boleh di labelkan sebagai "steady boyfriend" atau ape saja yang boleh dikatakan sebagai "girlfriend" atau "boyfriend atau "couple".
Mungkin saya akan ceritakan lagi kisah ini sekiranya saya in mood....
Have a nice day.
Posted at 01:45 pm by jackyz
Permalink
Aug 24, 2005
Agak nye time tu pukul 2200hrs tengah baca magazine dalam bilik. Phone bunyi..
Abby: Alloooo
"Pengail Dugong": Alloooo...tido da ke?
Abby: Blom. Mane die dugong tu?
"Pengail Dugong": Tak dak da...bapa dia dok bela.
Abby: Tak kira b nak jugak dugong tu, nak jumpa bapa dugong tu skali.
"Pengail Dugong": Tak yah la. bapa dia tak lasi.
Abby: B nak dugong tu letak dalam kolah mandi.
"Pengail Dugong": Tak boleh ...tak boleh. nanti kita p mengail lain na...
Abby: Suka hati la. Makan dah ke?
"Pengail Dugong": Blom lagi.Lapaq ni...bz satu hari ni.
Abby: P la cari makanan. Cafe tutup dah ke?
"Pengail Dugong": Tengok jam..pukui bapa da?
Abby: oooo hehehe tak perasan.
"Pengail Dugong": Tak pe la. Tido na.
Abby: Baik la..nak tido da ni. Bye.
"Pengail Dugong": Bye.
Semalam hujan satu hari..bosan gila. Sume staff duk diam tak tau nak buat ape. Man dan Sham gi dock. Sham dive repaired tali "Wind Song". Tu je aktiviti selain dari tu lepas lunch masing-masing lepak kat bawah, buka Astro lepas tu TV screen dah blank pasal hujan. Hampeh!! Balik keta pulak tak bole nak start. Bole la tahan nak tunggu dalam 1/2 jam kena pujuk skit baru la start. Sis Anne call ajak gi Kuah. Saya terus gi town, jumpa depan Keng Chuan. Parked keta saya naik keta Sis Anne gi makan kat Jai's. Tak lama lepas tu datang member Sis Anne 2 orang so berempat la kita makan skali. First time makan kat Jai's, foods bole la tahan. Tapi much prefers makan kat EE Burger. kalo nak compare Chicken Chop yang saya makan semalam taste Chicken Chop kat EE Burger lagi best. Tak pe la orang belanja..makan je la.
Kat luar nampak gelap. nak hujan pulak la ni. Pagi tadi on the way nak datang opis, hujan lebat. Ni da berhenti tapi nampak gaya nak hujan ni. Hari ni tak busy. Sis Anne sambung cuti sehari lagi hari ni. Tinggal la saya keseorangan dengan staff lain sume lelaki. Have a good time everyone.
Posted at 11:36 am by jackyz
Permalink
Aug 21, 2005
After 1230hrs it was only me in the office exclude the operation staff(s). Sis Anne worked for a half day today. She's be on leave for 2 days. Huh..!! a bit blurr.., blank..then nervous !! Keep asking myself "what next ?" The operation not that damn busy, since I was new with all this I felt so weird. Of course take sometimes to keep on learning about all the daily operation. I was ok with all the admin assignment, when it comes to boat checking in this and that..and it's really2 not OK. My boss was at KL for week, he might be at Lgk this coming friday or saturday. Thanks for the staff are kind and helpful.
Hilang da rasa nervous skang nak sambung keja documentation yang lain. Selain dari tu sy kena buat accounting gak. Teringat masa study tak suka accounting, mane nak tau keja kat sini kena jadi serba boleh. haha thanks for the opportunity to explore variety of knowledge. Thanks jugak kepercayaan yang boss telah kasi. kalo tak mungkin tak dapat peluang macam ni. Time buat accounting tu, bos duduk sebelah tau hah, buat main. He's really a very humble person, walaupun adenye pangkat yang sedemikian. Tu tak leh cite lebih2 kang orang kata tumpang glamour lak.
Cuaca hari ni agak panas jerebu tak de, cuaca cerah je. Sal bersin tak berhenti pulak ni, nak selsesema pulak la kut. Sepatutnye hari ni off day sy, memandang kan Sis Anne on leave so next week baru la bole off day. Off day pon kat umah je, buat keja rumah. Depan umah tanam pokok kari, halia, kunyit, cili dan ulam. Hobi baru la tu konon. Semalam balik dari keja jiran sebelah buat kenduri. Kuar je dari keta akak tu ajak makan. Ade kek, snacks, mee hoon goreng dan bla bla. Memandangkan orang ramai masuk umah sembang ngan ibu dulu. Time pegi tu mostly kaum lelaki dan beberapa budak ade. Layan diri la makan sorang2 jawab sekerat utk soalan yang sekerat lelaki kat depan sy tu tanye. Mula la rasa tak selesa sebab rasa mata tertumpu kat sy. Rasa mee hoon macam sangkut je. Dah tu balik g kedai cari, balik umah, mandi tido. Pagi ni bangun ade missed call, tido sampai tak sedar langsung phone ringing.
Have a nice day to everyone :)
Posted at 02:41 pm by jackyz
Permalink
Aug 17, 2005
15/08 start keja baru maknanye dah resigned keja lama yang banyak memenatkan otak kepala. It's really a fun jobs. Walaupun kena berhadapan dengan pelbagai karenah guest(s) yang macam, skang realise that how enjoys that kind of job. Mungkin take de jodoh ngan keja tu so dapat offer keja lain yang mana satu lagi reject macam tu je. A small island, very few options of jobs but looks for the interesting offer. Well, dah tak de jerebu panas terik hari ni..nampak cerah. The office location quite far, 30 min from Kuah. Hari ni dah masuk 3 hari keja kat sini, tak de ape yang memenatkan kepala otak. Ade time yang busy dan masa yang sama ade time ngantuk yang mana sampai tersenggguk - sengguk kat desk ni. Dari cermin office view yang betul-betul sedapkan mata. Laut depan mata since office ni agak tinggi double-storey building nampak pantulan laut kena cahaya matahari cantik sangat. Akak yang keja kat sini banyak kasi tunjuk ajar ape-ape yang patut saya kena tau. Nama akak ni Anne. Boss lak setakat ni ok je. Lama sangat blog tak di update. Nak baca blog Guu, Huda & Kak Zana pon ndak lagi. Petang ni ade la kesempatan yang curi-curi nak update blog. Teringat Huda kata hari tu "semangat kekawenan" bila berhenti keja kat resort ade staff yang call semata-mata nak tanye betul ke resigned pasal nak kawin. Heemm ntah la tuan punya badan tak tau bila nak kawin,orang lain pulak yang tau ye. Kawin??? Tak nak specific kan date,month and etc..risau kalo tak jadi ke. Tinggalkan bab kawin tu dulu. Bila tiba masa tu insyaallah ade la. Saya berusaha keras nak kurangkan berat badan, x mau la kurus melenting at least tak la chubby as ppl around said to me. A good progress bila jeans yang da tak muat sebelum ni dah muat. Rambut pon kena buat treatment pulus x mengizinkan so kena extend la dulu. Sukanya bila bole nampak semula matahari terik macam ni..no more haze. Good Day to everyone!!!
Posted at 05:04 pm by jackyz
Permalink
Jul 21, 2005
Tak tau kata yang esok deadline untuk register convo. Hehe...hari ni kelam kabut balik dari keja terus g Kuah nak online kat opis memang tak sempat. Bila nak online je ade reservation plak, kena assists guest la plak. Nak booking hotel utk 5-6 bulan depan pon dah fully booked. Ni sume pasal result MUET la ni. Hotel tak booking lagi habis tu nak tido kat ne lak...busy busy. Hari ni bos tak masuk. Dira kata " kucing tak dak tikui (tikus) berkeliaran la. Faham2 je la bila bos tak de sume bersuka ria la. So far keja sume ok je sekali sekala mesti kena maki ngan guest yang fussy sangat. Kena guest Arab lagi la pening kepala, yang tak faham English pandai - pandai la cari cara nak kasi guest faham. Kreatif??!! semestinya kalo tak memang tak boleh handle langsung. Bulan ni reservation guest Arab memang banyak. Pening kepala...bial kita layan elok lak..miang la plak. Sakit!!!! Best bila dapat guest Europe tak banyak songeh sangat, lagi tak banyak demand kalo compare guest Arab. At the end "guest always right".
Posted at 07:30 pm by jackyz
Permalink
Jun 30, 2005
Hari ni kuar g Kuah pas tu g online. Bila la result MUET kuar checked buletin borad MMU tak de ape pon. Bole ke ndak convo August ni. Esok dah start keja kat resort tempat training dulu. Excited bole keja tak la memerap kat umah dengan activiti games berpanjangan. Musim hujan ke kat Langkawi, semalam dah kena hujan. Kat luar gelap je, balik umah cepat bole tido zzzzzzzz.
Posted at 04:03 pm by jackyz
Permalink
|
 |
 |
 |
 |
 |
 |
|
|